
tidakkah engkau tahu sayang
betapa kusayang padamu
kerana kau insan yang kucinta
untuk selama lamanya
tapi di sebaliknya apa yang kauberikan padaku
kasih dan sayang pun kukenang
pilunya hatiku
kini kau berubah
kau tak seperti dulu
mengapa sayang mengapa
engkau jadi begini
kini aku menyesal menyintaimu
kerna cintaku dipermainkan
secukup cukupnya
hampa hatiku dalam percintaan
kau membuatku tidak mahu cinta lagi sayang
mengapa engkau permainkan
cinta yang sudah kita bina
kini kau dah tak sayang lagi
berterus terang padaku
janganlah kau menyiksaku
tak sanggup lagi ku menanggung
bukan cinta yang kau beri
terhadap diriku
sakitnya hatiku
sampainya hatimu
kau tidak melayan diriku
seperti dahulu
cuba kau rasakan apa yang telah kurasa
kini pasti kau juga akan
menyesali cintaku
kini air mata
ku mula mengalir
engkau masih belum berubah
engkau tetap sama
kini aku meminta maaf
kerna hatiku dah tertutup
untuk dirimu oh sayang
lepaskan aku
bebaskan aku
pergilah sayang
jangan kembali..
No comments:
Post a Comment