Thursday, April 22, 2010

~Cintaku Dipermainkan~



tidakkah engkau tahu sayang

betapa kusayang padamu

kerana kau insan yang kucinta

untuk selama lamanya


tapi di sebaliknya apa yang kauberikan padaku

kasih dan sayang pun kukenang

pilunya hatiku


kini kau berubah

kau tak seperti dulu

mengapa sayang mengapa

engkau jadi begini


kini aku menyesal menyintaimu

kerna cintaku dipermainkan

secukup cukupnya


hampa hatiku dalam percintaan

kau membuatku tidak mahu cinta lagi sayang


mengapa engkau permainkan

cinta yang sudah kita bina

kini kau dah tak sayang lagi

berterus terang padaku


janganlah kau menyiksaku

tak sanggup lagi ku menanggung

bukan cinta yang kau beri

terhadap diriku


sakitnya hatiku

sampainya hatimu

kau tidak melayan diriku

seperti dahulu


cuba kau rasakan apa yang telah kurasa

kini pasti kau juga akan

menyesali cintaku


kini air mata

ku mula mengalir

engkau masih belum berubah

engkau tetap sama


kini aku meminta maaf

kerna hatiku dah tertutup

untuk dirimu oh sayang


lepaskan aku

bebaskan aku

pergilah sayang

jangan kembali..

Wednesday, April 21, 2010


Bagi aku hidup tidak hanya sekedar untuk dijalani dan dinikmati, tapi hidup juga perlu disyukuri dan disadari betapa pentingnya hidup yang cuma sekali ini agar bisa menjadi lebih berarti baik untuk diri sendiri maupun orang lain, khususnya buat mereka yang bisa berinteraksi secara langsung dalam kehidupan kita atau secara tidak langsung dengan berbagi pengalaman hidup bersama mereka.

Aku ingin berbagi pengalaman hidup yang aku jalani, baik suka maupun duka yang aku rasakan dalam menjalani hidup ini, karena aku percaya bahwa tidak ada manusia yang mempunyai kisah hidup yang sama persis satu dengan lainnya.

Jadi jika aku bisa menikmati indahnya hidup ini dengan senyum dan tawa kebahagiaan didalamnya, aku juga berharap orang lain bisa merasakan dan menikmati kebahagiaan hidup yang aku terima, tapi sebaliknya jika aku mendapatkan masalah yang membuat aku berduka dan meneteskan air mata dalam menjalani hidup ini, aku berharap semua orang dapat mempelajari hidup yang aku alami agar mereka tidak mendapatkan masalah dan meneteskan air mata yang sama.

Erti Disebalik Kesetiaan


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Doa Untuk Kekasih


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin

Perlu ke merajuk lama-lama?


Hurm…bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau…





Saya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.

Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha…itu terpulang kepada diri masing-masing. :-)Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll: Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang saya tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy:oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. Perkara ni pernah saya dengar dalam Hot FM. Kesian saya rasa pada lelaki tu. Tetapi dalam masa yang sama, terkejut juga sebab wujud orang macam dia. :lol: semula, bagi ceria-ceria sikit…

Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah… Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu…? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always:halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha… ::-*:

Apa Ertinya Cinta Ku, Buat Diri Mu

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.


Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.


Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.


Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Tuesday, April 20, 2010

Luahan Hati Seorang Homoseksual





Aku seorang homoseksual. Sebenarnya, ramai yang tidak faham dan tidak mengerti apa perasaan seorang yang dilahirkan sebagai homoseksual. Ramai yang membenci homoseksual. Tapi, adakah mereka faham apa yang tersimpan di dalam hati seorang homo? Adakah mereka menganggap seorang homoseksual mencintai seorang yang sama jenis dengan sengaja?



Aku dilahirkan sebagai seorang homoseksual. Sejak sekolah lagi, aku punyai perasaan sayang terhadap lelaki. Namun, bukan aku tidak tahu yang mana betul dan mana yang salah. Aku juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita. Dia adalah wanita pertama dan terakhir dalam hidup aku. Setelah dikecewakan, perasaanku terhadap wanita semakin pudar. Aku cuba untuk mencintai wanita, namun bukanlah mudah. Justeru, aku tidak mahu mengecewakan mereka kerana perasaanku yang songsang. Mereka berhak untuk mendapatkan lelaki yang sempurna, bukan seperti aku.



Aku juga impikan sebuah cinta, inginkan belaian kasih sayang dari seorang yang tercinta. Ramai tidak mengetahui keperitan seorang homoseksual menagih cinta. Setiap kali aku jatuh cinta, aku hanya pendamkan sahaja perasaan ini. Jauh di sudut hati aku amat inginkan belaian kasih sayang seorang lelaki. Mahu dicintai dan mencintai seperti insan yang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hidupku sunyi, tiada siapa yang ambil kisah. Aku selalu keseorangan. Namun, aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan walaupun tidak ada antara mereka yang memahami perasaanku.



Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Namun, bagi aku cinta tidak membawa apa-apa erti. Aku tidak layak untuk dicintai dan mencintai. Alasan yang kadang kala susah untuk diertikan. Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….Aku hanya dapat merasai perasaan cinta, namun tidak pernah dicintai.



Sekarang, aku jatuh cinta lagi dengan seorang yang agak rapat denganku. Namun apa yang aku mampu hanyalah menahan perasaan ini. Simpan perasaan ini jauh di benak hati ini. Aku tidak mampu mengata atau meluahkan apa-apa kerana tidak siapa pun yang memahami apa yang aku sedang alami. Tiap kali berjumpa, aku hanya terdiam membisu. Aku mula menjadi kaku dan kelu, kadang-kadang paranoid. Ya, paranoid. Aku takut suatu hari nanti dia akan mengetahui perasaanku ini. Pasti dia menjauhkan diri dan pergi. Tiap detik aku fikirkan apa yang aku perlu lakukan untuk hilangkan perasaan ini. Aku mahu perasaan ini pergi jauh dari sini.



Aku hanya insan biasa juga tidak punyai apa-apa. Aku terlalu inginkan kehidupan seperti orang lain. Aku hanya mahukan perasaan sayang kepada kaum hawa....